Wednesday, August 16, 2017

Tips ke USS Singapore untuk keluarga Muslim

Assalamualaikum

Disini saya kongsi pengalaman kalau nak melawat Sentosa Island.. Macam2 aktiviti boleh dilakukan disana,kalau saya bawa tetamu mmg ada standard itenary dah ;)

1) Entry FeeEntry fee masuk ke dalam Sentosa Island adalah $7 on weekends,tapi kalau masuk during lunch hour (12noon-2pm) , entry fee = $2 (jimat disitu). Pembayaran melalui Autopass/ Cashcard/ Flashpay. 

2) Parking Fee : Saya mmg akan parking di Beach Station, parking antara yang paling murah berbanding ditempat-tempat lain disekitar island ini. Bayaran parking pula anggaran dalam $5 untuk first 4 hours on weekends. Klik di sini untuk detail information mengenai parking fees sekitar Singapore :)





3) Surau / Prayer Room : Surau terletak di Beach Station Carpark terletak betul-betul berhampiran lif bangunan carpark,berhadapan family parking space & tepi kawasan Wings of Time. Kiranya kalau dari Beach Station-Sentosa Express, surau akan betul-betul di kawasan bawah StarBucks. Ada 2 bilik kecil khas untuk Muslimin dan Muslimat.

4) Sentosa Express



Dari Beach station, selalunya saya akan bawa guest naik Sentosa Express ke Waterfront Station (its FREE..sebab kita kan dah bayar island fee $7 tadi). Pergi naik train, balik ke carpark kita jalan kaki.. Baru feel :)

Kalau anda datang naik MRT, dari Vivo Shopping Mall, ambil train sentosa express dari Sentosa Station-Waterfornt Station. You will charged $4 perperson.

Apa ada di Waterfront Station? Disini la kalau anda nak ke USS, Aquarium and Waterpark.
Selalunya guest akan ambil gambar depan globe USS and jalan-jalan cari makan. Its not cheap kalau nak makan disini ;p 


5) Makanan HALAL : Banyak makanan halal di sentosa island..sediakan duit je ;) KFC..McDonalds semua halal. Kalau di Waterfront station, ada beberapa kedai halal : Streats Asian Cafe ( harga okla), Bali Thai (mahal tapi sedap) dan banyak lagi. Klik sini untuk list kedai halal. Kalau xpasti, tengok ada LOGO HALAL MUIS dihadapan kedai atau tak,atau tanya je waiter, senang.



6) Festive Walk




Wednesday, October 28, 2015

Singapore here we come!

Assalamualaikum

Oct 2015, hijrah kami dari Msia je Singapore. Alah, bukan jauh sgt kan.. Tapi beza la beb, sbb skrng we need to live there bukan setakat 'jalan-jalan' cari makan je. Mcm2 kene fikir - mana hospital best, mana supermarket,kedai tomyam kat mana ni, nk buat ape weekend kat sini dah la xde sedara mare kat SG. Dup dap! Banyak ok cik isteri ni pk....

This is Maryam's first time naik airplane.Alhamdulillah she behaved well. ;)


First day: Orientation Programme 


Here is Susie, our Field Consultant. She's 60 years old kot, keturunan baba nyonya.Kuat sangat lagi, xmacam umur 60 pun. She showed us around : 

1) public library : 
Public library dpa mmg sangat bersih, teratur dan aktif. Ramai students buat homework kat sini. Enviroment sangat best.

2) Supermarket :
Supermarket for locals kat sini is NTUC Fair price. Sana barang mmg segar and murah. Kalau ayam halal ada sticker hijau. Yang non halal sticker merah. Sayur semua segar bugar. Janganlah pergi coldstorage bagai, foreigners je pergi. Mmg la mahai. 

3) Hawker centre (foodcourt) : Setiap kawasan mesti ada foodcourt. Contohnya, kat kawasan nama HOLLAND, ada Holland Drive Hawker Centre. Everyfoodcourt wajib ada 1-2 makanan halal. Kalau kat Holland Dr hawker centre ni ada kedai nama : Shima , kedai org melayu islam.. Sedap! Sgd 5 boleh dapat macam2 ayam sayur sagung..pls jangan convert to rm, sure jadi mahai la gtu. 

Second day- last day: Homefinding

First question to my agent during homefinding: No grill?? Haaa... Sini selamat sgt smpi xpayah pasang grill! Something unusual right? Here, you dont have to worry walking alone at night in your neighbourhood, no one will do any harm. Seronok sgt kalau Msia macam ni.. Ermmm

Ok nanti i ceritera lagi pasal our life in SG! Till then..Assalamualikum 



Tuesday, June 30, 2015

شفاك الله Ayah

I

This is Ayah and Muhayya Shireen's picture taken about a year ago. Now,Ayah is getting weaker each day. Once he told Mama he feels so weak and cannot fight anymore. T_T He barely speak. He is now on tube feeding, means ayah minum susu + very soft solid food ie mashed potato etc. 

Ya Allah, apa jua dugaan MU kami redha, sesungguhnya ini ujian bagi ayah dan bagi kami. Kau lindungi lah AYAH, berkati lag Ayah. Sesungguhnya dialah sebaik-baik seorang ayah yang membesar dan mendidik kami sejak kecil lagi. Berilah yang terbaik untuk Ayah,semoga Syurga Jannatul Firdaus untukmu Ayah..insyaaAllah

Till the day we speak to each other again Ayah 💗💗

Sunday, May 24, 2015

Review : Fraser Hill

Assalamualaikum

Fraser Hill.. This is an unplanned short vacation. First family trip with my dear baby No 2. She is now 3months old. Alhamdulillah 💘 Dulu masa No1 3months old pun kami first vacay, bawak pergi Genting Highlands. Hrmm.. Tapi xsesuai rasanya bawak baby kecil sangat pergi Genting, nak main mmg xboleh...asyik nangis and nak susu je.

Fraser Hill Day 1

Kami check in hotel, we stayed in Ye Olde Smoke house.. A nice place to stay in, ala2 english style bungalow. Kami book bilik New Haven, ada 1 king bed , small living area .. Besar la bilik dia. Puas hati 👍






New Haven room :




Dalam bilik memang tiada TV, tapi boleh tengok di living hall bawah. Bawah ni gambar No 1 tgk tv di ruang tamu, kusyuk kemain! Macam paham je cite HBO tu 😝😝


Frasers Hill Day 2






Tuesday, May 12, 2015

Pengalaman beli katil hospital


Harini rombongan mak kiah bawak askar2 ku g cari katil hospital utk ayah. Last week dah survey dekat Maycare Shah Alam. Maycare ini ialah kedai barangan yang menjual barang2 hospital. Macam2 ada wheelchair, katil hospital, tempat buang air kecil dan besar pesakit dan banyak lagi. 





Tips beli katil hospital dari Staff maycare : 

1) Recommened beli katil local brand berbanding dengan china brand. China brand cepat sikit rosak katanya. Tapi kalau Japan brand, itu paling bagus lah ✌️, and for sure itu paling mahal lah, hehe.

2) Local brand ada 2 : LKL dan Meditron.
Dua brand ni sama je, cuma LKL kalau rosak cepat je dtg service.
*LKL kilang di Serdang & Meditron di Subang. Katil LKL guna kat both PPUM and Assunta hospital. So mmg nak cari LKL je la.

3) Specification yang dicari :

a) nak cari single/double fowler: 
- Double fowler means boleh adjust bahagian kepala dan kaki.
- Single fowler means boleh adjust bahagian kepala je.

b) nak cari fixed/ hilo height?
- fixed height, means ketinggian tetap, xboleh ubah.
- HILO means boleh adjust ketinggian katil ( as in high low kot). Mama memang suruh carikan katil yg hilo,senang nak transfer ayah g ke wheelchair. 

3) nak manual/ auto
- Manual means kena ubah sendiri la kalau nak naik kepala ke, naikkan kaki ke. Harga less than rm3k. My fren, nurse di Assunta Hospital pun advice i beli manual je, sbb auto membazir setakat nak guna kat rumah je.
- auto menas ada remote gitu. So patient pun tekan je kalau nak naik turun kepala ke kaki ke. Tapi harga pun auto laa, paling basic pun rm4k++ .

So ini quotation untuk katil manual dar Maycare Shah Alam.

      RM2967 : double fowler, hilo

  RM1800, double fowler, fixed height

Ok, back to my story. Harini saya nak terjah kilang LKL dengan harapan dapat harga murah. LKL dekat dgn my house, so lagi mudah. Yang rajin, bolehlah g terjah both kilang meditron & LKL buat perbandingan.
 


Nak g kilang LKL ni bukanlah mudah, konon2 tepi tol sg besi tapi bila drive sikit punya dalam daa. Sila guna Mr.Waze.


Sampai di Wisma LKL ni, daftar nama n bgtau receptionist kita nak jumpa sales person, Mr Kelvin Yee. Please call them first before coming here ok. 



Antara produk dalam showroom LKL. Yang katil saya minat katil cadar putih tu. Manual double fowler and HILO. Total sepatutnya RM2.8k, mintak discount dapatlah RM2750. Oklatu jimat RM250 berbanding dgn di Maycare. Quotation:


i) Bed BA 3020-PN = RM 1995.00 per unit

ii) Mattress BX 411 = RM 404 per unit

iii) Epoxy Rail BX 100 = RM 252 per pair

Total : RM 2750.0 (Inclusive GST 6%)


Ok thats all for today! 





Monday, May 11, 2015

Berita sedih

11 Mei 2015

Kanser ayah telah merebak. 😭😭
Menurut doktor ia telah merebak ke tulang belakang. So that answers everything! Thats the reason kenapa org lain retak kat L1 spinal tidaklah seteruk ayah. 

Tiga hari lepas, stroke baru je menyerang ayah.. Dah kami dapat berita ini pula. Luluh hati seorang anak melihat satu persatu ayah diserang penyakit. Benciku pada rokok semakin menebal. 

Ya ALLAHapa jua dugaan MU, aku redha. Berikanlah yang terbaik buat ayah. Semoga ENGKAU sentiasa melindungi ayah. Amiin. 

Saturday, May 2, 2015

Ayah

Ayah. 64 tahun. Seorang doktor. Perokok tegar. Cancer survivor 2 kali : kolon & prostat.

Hari ini 2Mei2015. Sudah hampir 3minggu ayah terlantar di hospital,PPUM.  Dah jadi rumah kedua bagi mama dan semua adik beradik. Sedih. Sedih tengok ayah terlantar. 

3minggu lepas, dalam jam 530pagi ayah terjatuh tersembam ketika nak pergi ke toilet. Terjatuh di tepi katil. Dagu ayah berdarah, 3 hari ayah warded di hospital. 3 jahitan di dagu. Ward Tingkat 7. Masa tu ayah seperti biasa,ok sangat. Setelah discaj, hari kedua dirumah tiba2 ayah susah nak naik tangga. Cepat penat, tangga kelima dah tidak larat nak jalan. Ok, so ayah tidur bilik bawah. Tiba2 at one time ayah nak melangkah pergi toilet pun susah. Ok kami dah mula confuse. Then tiba2 ayah tak boleh duduk tegak. And sometimes he forget things, dah ambil wudhu ke belum, dah makan ke belum. Memang pelik for us, because he used to has a very good memory compared to us. Mama terus decide kena bawak ayah ke PPUM. Something is wrong.

XRAY has been done in PPUM, dan didapati ayah mempunyai fracture at L1 (Lumbar 1) of his back bone. Ayah warded. Ward orthopedic, Level 8 of Menara Utama PPUM. Kali ini 2 minggu ayah terlantar di hospital. He can only lift up his body up to 30degree. Rest in bed. Makan atas katil, most of the times ayah makan bubur. Pakai pampers. Ayah asyik tido. Ayah dah lain.. Kadang kadang ayah mumble. Kadang kadang ayah termenung. Kesian sangat tengok.

During the second week, doctor buat both MRI & CTSCAN keatas ayah. Cardiologist told mama yang ayah ada somekind of pouch pada saluran utama aorta yang menghubungkannya ke jantung. Lebih kurang macam gelembung, and bahaya kalau dia terpecah. So cardiologist suggest to be reffered to IJN. Urologist pula bagitahu mama nanti kene buat appointment dengan bahagian urology sbb ayah pernah ada prostate cancer, kena recheck semula.

Jumaat. Hari Pekerja,1Mei2015. Dalam jam 530 petang, ayah dah siap sedia untuk turun ke bawah. Hati gembira sangat ayah akhirnya boleh balik,walaupun mama pada mulanya agak risau. Sebab mama rasa ayah belum kuat sepenuhnya. So, ceritanya nak angkat ayah dari wheelchair ke dalam kereta masa nak discaj tu. Masih didalam kawasan PPUM.Then suddenly ayah macam lemah, pucat, mata dah keatas. Panggil doktor, and ayah pun dibawa ke bahagian Emergency PPUM balik. Masa Syaz jumpa ayah, ayah tak ingat. Nama pun xingat. Asal mana pun xingat. Sedih hati ini Allah je la yang tahu. Malam tu syahmi syafinaz dan megat teman ayah sementara menunggu keputusan doktor. 

Tepat jam 230pagi ayah dibawa ke bilik CTSCAN untuk brain scan. Ayah mengalami mild stroke. Test air kencing juga dibuat untuk mengetahui status cancer prostat. Keesokannya jam 4prtang ayah dimasukkan ke Wad Medical Tingkat 11. Bila bersalam dengan ayah, ayah salam dan tenung lama . "Assalamualaikum anak ayahhhhh". Kurang pasti ayah ingat nama saya atau tidak.

2Mei2015,8malam. Doktor mengesahkan ayah menghidap kanser prostat. Ya Allah dugaan ini sungguh besar bagi kami dan bagi ayah terutamanya. Satu je saya minta, semoga Allah permudahkan semua, lindungi ayah dan berikan ayah jalan yang terbaik untuknya. Bagi saya semua berpunca dari rokok. Ayah memang perokok tegar. Merokok seperti yang diketahui semua, ia menjemput segala macam penyakit. 


Thursday, April 30, 2015

Pengalaman bersalin : Anak kedua (baby Maryam)

Assalamualaikum

Hari ini Syaz tiba2 ada mood nak share pasal my experience bersalin anak kedua. Baby kedua ni dilahirkan pada usia kandungan saya 38w. Berbeza dengan anak pertama yang kene induce at 41w. Dua pengalaman berbeza, tapi mengikut pengalaman sendiri, sakit induce lagi sakit. 

3/2/2014
Sakit mengeras ada rasa sikit-sikit
Timing : 9.25pm 9.45pm 10.07pm....

4/2/2012 
Petang masa nak mandikan shireen dia mengamuk & merengek2 tak nak mandi. Terpaksa syaz yang tgh sarat ni angkat dia masuk dalam toilet sbb dia poopoo. Lepas mandi tak nak pakai pampers pulak,lari keliling living hall. Masa ni dah rasa lain macam. Perus mengeras. Buat tak tau sambil wassap husband suruh balik cepat,sbb tak larat nak handle shireen dah. Husband just suruh timing tgk konsisten tak contraction datang.
Timing (masa ni dah konsisten)
7.26pm 7.36pm 7.43pm 7.54pm 8.07pm 8.15pm 8.24pm
8.44pm 9.13pm 9.21pm 9.25pm 9.37pm 10.15pm.....

Disebabkan i can still bear the pain, says tahankan je la walaupun dah tau ini memang contraction nak bersalin ni. Malam tu still ada lag contraction. So pagi2 tu beta husband suruh dia amik EL. Ti pun mash ting tong lagi nak pergi Annur Hospital x. By noon, mama dah bising so kami gear lay ke hospital. 

11am : Sampai2 kat hospital,naik ke Labour room sorang2 serah diri ( husband jaga shireen bawak shireen g makan), nurse check pakaikan la benda lekat2 penuh wayar kat perut,nak check graph contraction. After 20 minutes,boleh pula graph tu tunjukkan as if contraction main2 je. Dalam hati nak mengamuk dah,dah la kita tgh sakit ni,boleh nurse kata contraction main2. erghhhh.

Ok so nurse tu kata "xpe..kita panggil bidan suruh check bukaan". Sekali bidan check dah 4cm bukak rupanya. So kene prepare untuk beranak. Macam biasa, tukar uniform hospital & amik ubat julap supaya isi dalam semua keluar,euwwy.Husband temankan kat tepi. Alhamdulillah syafinaz adikku sampai nak jaga shireen.Masa ni relax lagi bukaan baru sikit. Dr Khamsiah kesayangan ku pun datang pecahkan air ketuban. Lepas tu dah start rasa. By 5cm mintak epidural sebab risau xlarat push.

2pm++ : Bila dah masuk epidural sampai ke 10cm xrasa kebas. Epidural xfunction,hahahahaa... Tapi disebabkan x induce so sakit dia ok lagi la..memang la sakit,tp x macam the first one. Masa 10 cm,bgtau husband dah nak berak sangat2,panggil nurse. Sekelip mata Dr Khamsiah sampai,push berkali2..dah keluarlah si jantung hati ibu ni 

Masyaa Allah, precious moment.

Alhamdulillah dipermudahkan dan selamat saya & baby M.


Dalam labour room.Jam menunjukkan pukul12.50am

Ok,sempat pulak selfie masa tgh sakit *peace*

My man with the girls *wink*





Friday, October 17, 2014

24w checkup : Injection Kancing Gigi

Assalamualaikum

Last 2days seperti biasa dating dengan Klinik Kesihatan untuk 24w checkup. Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra yang marvellous. Rutin biasa ambil tekanan darah, berat ( berat naik 4kg dalam masa sebulan ok! Confuseee. From 49kg to 53kg) , ambil sampel urin, ambil darah untuk check HB ( HB kali ini cantik.. Bacaan 13.1.. Rasa2 sbb konsisten makan vitalea setiap hari 👍) 

Last sekali jumpa staff nurse. Check jantung baby, alhamdulillah semua ok.
Cuma nurse risau sbb drastik sgt berat badan naik. Ujian air gula clear. So minggu ke-32 kena ambil ujian air gula LAGI! Oh Nooooo (ini prosedur baru katanya..sob..sob) Dan yang paling best..Sebelum balik nurse kata minggu ni kene inject kancing gigi. Takdalah takut sgt sbb dah biasa amik darah and all..tapi nurse dah pesan injection ni terasa sikit and akan kebas2. Mak relax je la sbb alahhh sure xsakit sgt nyer. Sekali dia inject, amik kauuuuu..!! Terasa sampai ke tulang! Balik rumah mmg lembik, sebab tangan kiri kebas lain macam.. So malam tu MC lah saya OFF dari masak dibner.. Xde mood. 

The next day terasa lagi kebasnya. Hari ke-3 baru ok. Masa 1st pregnancy tak ingat pulak sakit mcm ni. Mengikut kata nurse, 1st pregnancy 2x injection anti tetanus ni. 2nd pregnancy onwards, sekali sahaja.

Ok sekian cerita pasal my 24w check up di klinik kesihatan! 😘😘😘


Monday, May 12, 2014

Lips ECZEMA

Dari highschool lagi mmg ada lips eczema. Tp syaz pakai a very strong steroid ointment. Mmg cepat ok

So after bersalin it gets worsen. Sakit gatal pedih berdarah semua lengkap.

So baru2 ni syaz join FB group eczema, baru dapat tahu pasal bahaya nye steroid n all. They suggested this lip balm by MOOGOO and it work wonders for me! Alhamdulillah ;)



Thursday, May 8, 2014

Jalan-jalan KLIA2


Klia2 menarik okkay. Tak disangka2. Dah mcm pavillion KL. Mcm2 ada. 


Makan di PASTAMANIA. Harga boleh tahan, tapi sedap! Sesuai untuk mek muhayya sorang  ni. Syaz order Maribara RM17.90.


Pusing2 sampai dua dua mengantok 😝


Sebelum balik lepak kat BOOST sbb nk bagi dua budak kecik ni main-main. MY PLAY TABLE : Permainan lego satu set dgn table ni jumpa pulak kt TOYSRUS. Menarik nyaaaa..serious harus ku beli satu hari nnti. Hiihi.


Tapi..
Tapi..
Tapi..

Setelah 5 jam kami merewang di klia2 yg paling terbaik adalah parking rate : RM20 kot. Terbaik  😁😁


Wednesday, January 29, 2014

Kota Kinabalu : Itenary

Last 2 weeks baru balik vacation ke Kota Kinabalu,Sabah bahhhh! 1st time S naik flight (Panjang sangat Muhayya Shireen,so short form saya panggil S je la..hihihi... ) . Return tiket MAS perperson is RM200..Murah kann?? well.. syaz booking a year before okkay! masa tu tgh pantang lagi gagah kan diri nak jugak g mana2...Before buat detail review semua, mari check out our itenary :

Day 1 :

  • Rumah Terbalik ( Adult ticket RM10)
  • Check in Pine Resort Kundasang
Day 2 :
  • Check out Pine Resort
  • Desa Cattle Farm
  • Sg Moroli (Fish Massage)
  • Off to Kota Kinabalu- Check in Marina Condo
Day 3:
  • Mari-Mari Cultural Village
  • Lok Kawi Mini Zoo
Day 4 :
  • Island Hopping : Manukan,Mamutik,Sapi
Day 5:
  • Filipino Market
  • Balik KL

Tuesday, January 7, 2014

Travelling stroller

Alkisahnya,next week nak ke sabah,family trip. Stroller yg ada tu,baby jogger sgtlah gabak. Walaupun baby jogger tu best,tp xkan nak bwk naik kapal terbang..besar n berat..no no. Travelling stroller yang kami cari haruslah : ringan,umbrella type and harga dlm RM100 ++ sahaja!

Last weekend, misi mencari stroller bermula. At first,mmg nak sweet cherry RM100 Buggy with bar stroller,tapi susah sgt nak mencari nya... Jusco cheras xdak, jusco balakong xdak, jusco midvalley pn tiada.. Out of stock. Alang2dah sampai midvalley surveylah kat aeon big, metrojaya and toysrus. For the same type, di jusco n manjaku outlets RM99, tp di aeon big RM129!! Mahai benor... Bila dah jumpa sweet cherry tu kat aeon big, colour yang ada xbest la pulak... Yang ada warna oren sahaja.






Masa survey2, sempat amik gambar masa kat toysrus je,sbb menarik harga dia..rm100++. 



Haa..menarik kan. RM179.95.. Ok la kalau untuk travel and umbrella type. Tapi dari segi material lagi best yang hitam (image bawah)






Yang ni RM199.95, kain best..tapi kalau boleh nak cari yang lagi murah..

At last...we chose brand OTOMO (erkkk...xpernah dengar pun brand ni..hahaha) ... Beli kat aeon big midvalley. Best..murah RM139, material sedap, boleh recline -tdo boleh..duduk boleh,ade compartment space kt bwh,siap ada span kat bahagian belakang badan tu,warna pn hitam. Weight around 5kg, lagila menarik tertarik. Good buy!




Ok..ok..habislah review for today.

Salam sayang,Syaz.

Thursday, January 2, 2014

Welcome welcome 2014!


                         

Bersawang..berhabuk..ya Allah..lamenye x update.. Hrmm,best pulak kalau baca post-post lame. Jadi sempena tahun 2014, azam baru..ehem ehem..nak update blog ni at least..seminggu sekali! Ameen... Hehehe... Gambar atas tu,shireen tgh dok atas cermin kat menara KL..ala2 feeling floating2 gitu... Nak kate gayat,xde pulak mek ni..syok je dok atas cermin tu,padahal ibu dia dh seriau pandang bawah.. 

Okla..pendek comel2 je update kali ni..

Till c u again,tata 
Syazzie

Wednesday, June 12, 2013

Mengidam : Phillips Avent Blender & Steamer

Mengidam mengidam mengidam nak beli Avent Blender Steamer. Tp harga mak ai!!! Dekat nak rm400. Berbaloikah? Normal price RM459. Tapi littlewhiz kat setia alam buat promo 20% discount. 


                                 




                                                              To buy or not to buy? 












Monday, June 10, 2013

Baby food : Apple and brown rice




        


            Brown rice + apple. Masak bubur dulu then masukkan apple. Blend and tapis. Done. ;)


Sunday, June 9, 2013

Muhayya Shireen

.18 Jan 2013, 3.3kg. Lahir betul2 lepas solat jumaat. :)

Muhayya Shireen nama diberi.
Muhayya : wajah/muka
Shireen : baik/manis


Delivery room - mase ni sakit manja2,bolehlah senyum lagi kan..
  

Add caption
  Lepas cukur. 2weeks old



 2months old


 4months old


 4.5months old

Friday, October 5, 2012

#Throwback 15 weeks away to go!

Ini dulu punye draft..baru nk post! Hehe

Pejam celik..Pejam celik..
Im already 6.5 months pregnant,Alhamdulillah :)
Perasaan sekarang? Takutttt... Hahahahaha... 
But on top of that,of coz lah excited sgt2,over the moon and syukur Alhamdulillah.Setelah 1.5 years of waiting and trying,Allah makbulkan juga permintaan kami suami isteri. Ramai sgt org tanye, ape tips dapat baby ni..?? Grrr..xberani sgt nak cakap ape,semua kuasa Ilahi. Mcm2 ikhtiar kami buat, buat check up dgn gynae Dr Habibah@PUSRAWI  just to check whether kami memasing ade any problems or not-turn out both us are fine :)  ,  amik medication ( duphaston) to stabilize my hormone due to irregular period, berubat dgn ustaz @Darussyifa , take supplements and yang paling penting berdoa.

Pengalaman dapat tahu pregnant? Masa tu right after attending ustaz Don's punye talk at one of the hotels in Shah Alam. Pegi ramai2 along with mama,sis,bro,kazen mazen,makcik2 seme.. Ingat lagi my cousin tibe2 suruh i buat pregnancy test,sebab dia cakap my face was different. Berseri lain macam! Ahahahaha..Padahal masa tu lembik sgt2,pening. Xsyak ape pun,sbb my peot mmg xbetul.. On my way back TIBE2 tergerak hati nak singgah guardian, beli 2 pregnancy tests. And its +ve! Masa tu terdiam,terkaku,confuse,tercengang sorang2 dalam bilik air...Biar betul?? Terus call hubby. And dia pnye respon pun same,cool je.. he said " Esok kite g clinic to reconfirm "

Best mmg best..My first 3months was miserable..morning sickness teruk sgt sgt! Sekarang semua dah ok..Cant wait another 15weeks to see my little angel, semoga semua dipermudahkan! :)






Tuesday, May 15, 2012

Dilemma Ketam

Ketam oh ketam.. Kenapa la terpilih ketam busuk! Kate husband " Haa,inilah padahnya org jarang pegi pasar" argh! Buat panas telinga je dengar. Ok, dengan ini saya mengaku memang xtau pilih ketam fresh.

Al kisahnya, my family konon2 lah nak makan besar kat our house,so dgn semangat lah pagi ahad baru ni mencari ketam,walaupun kaki tgh sakit,yela,terjatuh basikal sehari sbl tu,huahua. Yg bestnye, org kedai ckp ketam ni baru sampai ni kak. Ok, saya yg naive ni pn,ye ke,boLehlah amik5 ekor!! ( 5 ekor terus tu!!!! suruh mamat tu pilihkan,almaklumlah xreti nak tgk) Sampai2 rumah,husband dah pelik,bau busuk gile..errrrrrr!!!!!! Tidakkk.. Dia pn check2 kan,yes,MMG SAH!!! Ketam busuk. Hahahahaha. Terus call mama, mengadu nasib lah konon! Hehe,last2 mama ckp,xpelah mama masak spagetti bwk g sane. Hihihi. Phewhhh. Lega dgr! At the same time,kami pn beli la makanan saingan lain. Sob sob. Impian masak untuk family ku musnah!

Moral of the story, jangan ever ever percaya ckp tukang jual bahan mentah,sah2 la dpa kate fresh,baru sampai,xkan nak cakap dah lame. And i managed to find some tips on how to choose ketam fresh,hihi : 

Nak Tau Ketam Betina or Jantan.
Tips 1: tgk kaler sepit. Klu biru - jantan, klu coklat o kmerahan itu ketam betina.
Tips 2: tgk size sepit. Klu speit pjg dan kurus - itu ketam jntan, ketam betina sepitnya bulat dan pendek. Tips 3: tgk kawasan segi tiga bawah ketam. klu kecik itu jntan, betina lebih lebar.

Nak Tau Ketam Ada Isi or Tak.
Tips 1: Cari yg bertelur, konfem banyak isi
Tips 2: beli masa Bulan mengambang, 13 - 16 bulan Islam.
Tips 3: Beli yg betina, yg betina lebih banyak isi. Tips 4: Tgk bawah ketam, kalu byk lumpur hitam2 yg nmpk cm geli geli tu kn, itu ketam bnyak telur.

Nak Tau Ketam Fresh atau Tidak.
Tips 1: Picit kawasan segitiga, klu kuar warna kuning coklat tu segar. klu kuar warna putih kelabu dah x segar.
Tips 2 : Bau la.. klu hanyir x kn la segar kn...
Tips 3 : Kalau kat bhgn bawah ketam dh hitam, itu ketam lama.

Ok,cukuplah luahan perasaan hari ni,hihi..Bye gals ;)

Saturday, December 17, 2011

Review : Bandung

Assalamualaikum...


wahh...lame betol x uapdate my blog ni! Rase cam pelik plak nak tulis ni,wihihi. Today is Hubby's Birthday,ahaa,yang bestnye..dia siap tg tdo lagi kat sofa tepi ni. Haih, hujan..so xleh nak bt ape2 activity sangat. Oh! Kami ni bila hujung minggu suke bt outdoor activity. No No to shopping mall and etc,jimattss! hehe.


Selama 'ketiadaan' ku dialam maya ni..byk tul menda yg telah dibuat. Now I am working..Kat mane? teeetttt,rahsia okkay! Yg penting diriku bukan pengajar lagi..sobs! Kadang2 gian gak nak mengajar..If only UiTMPP kat cni kann best! :(


Ape yg best untuk dikongsi? hrmm... jom check out these pics :


Bandung ( Nov2011) - Rumah Mode .
Bandung ni banyak sangat2 factory outlet, SHOPPING HEAVEN! For me harga dia xlah murah sangat pn,mcm same je dgn price in Msia,cuma byk branded stuff! Originality/quality of these branded stuff ni xtau.  So,if u guys nak g sini shopping semata2 mmg berbaloi,at least allocate RM1k untuk shopping baru puas! As for us, kami ni more to nak tgk interesting/historical places.  Kalau nak g jalan2 mcm kami ni,this is not really a good place lahh..better Jogjakarta cot!

Kat Indonesia ni mcm2 boleh.. Even helmet pn boleh jual tepi jalan. Dari segi bisnes,mmg salute sgt Indonesians ni!  Rajin sgt,sanggup bt ape2 asal ada kerja. Students even play guitars , menyanyi dekat simpag empat traffic light,in orger to get extra money.  Mula2 takut la jugak..tapi rupa2nya its a common thingy there.
This is what i've been talking about. Mula2 takut sgt. They will stand beside your car-window,and sing a song,play their guitar..begging for money. Tapi yg best,klo me n hubby nail motor,dia xde lak p kacau2 kami. haha, org naik motor xsekaya org naik kete kotttt..ehehe


TransBandung
Transbandung ni macam al-ala Sunway Lagoon lah..Kami xmasuk pn,tiket nya mahal bangat dong! Jalan2 kat entrance dia je.. During our stay in Bandung,kami tinggal di rumah Apek, hubby's best friend,kawan sekolah dulu. Apek ni further study kat Bandung and eventually started his architecture business there
( http://rampakasli.blogspot.com/) . walaaa, hebat deh!


Kantor
Ini lah kantor (ofis) apek. Fyi, kat Bandung ni..kebanyakkan ofis ni adalah di rumah.Bukan rumah dpa. They will rent/buy a house,and convert it into their offices. Mmg selesa la okay!
To be continued... :)