Sunday, May 24, 2015

Review : Fraser Hill

Assalamualaikum

Fraser Hill.. This is an unplanned short vacation. First family trip with my dear baby No 2. She is now 3months old. Alhamdulillah 💘 Dulu masa No1 3months old pun kami first vacay, bawak pergi Genting Highlands. Hrmm.. Tapi xsesuai rasanya bawak baby kecil sangat pergi Genting, nak main mmg xboleh...asyik nangis and nak susu je.

Fraser Hill Day 1

Kami check in hotel, we stayed in Ye Olde Smoke house.. A nice place to stay in, ala2 english style bungalow. Kami book bilik New Haven, ada 1 king bed , small living area .. Besar la bilik dia. Puas hati 👍






New Haven room :




Dalam bilik memang tiada TV, tapi boleh tengok di living hall bawah. Bawah ni gambar No 1 tgk tv di ruang tamu, kusyuk kemain! Macam paham je cite HBO tu 😝😝


Frasers Hill Day 2






Tuesday, May 12, 2015

Pengalaman beli katil hospital


Harini rombongan mak kiah bawak askar2 ku g cari katil hospital utk ayah. Last week dah survey dekat Maycare Shah Alam. Maycare ini ialah kedai barangan yang menjual barang2 hospital. Macam2 ada wheelchair, katil hospital, tempat buang air kecil dan besar pesakit dan banyak lagi. 





Tips beli katil hospital dari Staff maycare : 

1) Recommened beli katil local brand berbanding dengan china brand. China brand cepat sikit rosak katanya. Tapi kalau Japan brand, itu paling bagus lah ✌️, and for sure itu paling mahal lah, hehe.

2) Local brand ada 2 : LKL dan Meditron.
Dua brand ni sama je, cuma LKL kalau rosak cepat je dtg service.
*LKL kilang di Serdang & Meditron di Subang. Katil LKL guna kat both PPUM and Assunta hospital. So mmg nak cari LKL je la.

3) Specification yang dicari :

a) nak cari single/double fowler: 
- Double fowler means boleh adjust bahagian kepala dan kaki.
- Single fowler means boleh adjust bahagian kepala je.

b) nak cari fixed/ hilo height?
- fixed height, means ketinggian tetap, xboleh ubah.
- HILO means boleh adjust ketinggian katil ( as in high low kot). Mama memang suruh carikan katil yg hilo,senang nak transfer ayah g ke wheelchair. 

3) nak manual/ auto
- Manual means kena ubah sendiri la kalau nak naik kepala ke, naikkan kaki ke. Harga less than rm3k. My fren, nurse di Assunta Hospital pun advice i beli manual je, sbb auto membazir setakat nak guna kat rumah je.
- auto menas ada remote gitu. So patient pun tekan je kalau nak naik turun kepala ke kaki ke. Tapi harga pun auto laa, paling basic pun rm4k++ .

So ini quotation untuk katil manual dar Maycare Shah Alam.

      RM2967 : double fowler, hilo

  RM1800, double fowler, fixed height

Ok, back to my story. Harini saya nak terjah kilang LKL dengan harapan dapat harga murah. LKL dekat dgn my house, so lagi mudah. Yang rajin, bolehlah g terjah both kilang meditron & LKL buat perbandingan.
 


Nak g kilang LKL ni bukanlah mudah, konon2 tepi tol sg besi tapi bila drive sikit punya dalam daa. Sila guna Mr.Waze.


Sampai di Wisma LKL ni, daftar nama n bgtau receptionist kita nak jumpa sales person, Mr Kelvin Yee. Please call them first before coming here ok. 



Antara produk dalam showroom LKL. Yang katil saya minat katil cadar putih tu. Manual double fowler and HILO. Total sepatutnya RM2.8k, mintak discount dapatlah RM2750. Oklatu jimat RM250 berbanding dgn di Maycare. Quotation:


i) Bed BA 3020-PN = RM 1995.00 per unit

ii) Mattress BX 411 = RM 404 per unit

iii) Epoxy Rail BX 100 = RM 252 per pair

Total : RM 2750.0 (Inclusive GST 6%)


Ok thats all for today! 





Monday, May 11, 2015

Berita sedih

11 Mei 2015

Kanser ayah telah merebak. 😭😭
Menurut doktor ia telah merebak ke tulang belakang. So that answers everything! Thats the reason kenapa org lain retak kat L1 spinal tidaklah seteruk ayah. 

Tiga hari lepas, stroke baru je menyerang ayah.. Dah kami dapat berita ini pula. Luluh hati seorang anak melihat satu persatu ayah diserang penyakit. Benciku pada rokok semakin menebal. 

Ya ALLAHapa jua dugaan MU, aku redha. Berikanlah yang terbaik buat ayah. Semoga ENGKAU sentiasa melindungi ayah. Amiin. 

Saturday, May 2, 2015

Ayah

Ayah. 64 tahun. Seorang doktor. Perokok tegar. Cancer survivor 2 kali : kolon & prostat.

Hari ini 2Mei2015. Sudah hampir 3minggu ayah terlantar di hospital,PPUM.  Dah jadi rumah kedua bagi mama dan semua adik beradik. Sedih. Sedih tengok ayah terlantar. 

3minggu lepas, dalam jam 530pagi ayah terjatuh tersembam ketika nak pergi ke toilet. Terjatuh di tepi katil. Dagu ayah berdarah, 3 hari ayah warded di hospital. 3 jahitan di dagu. Ward Tingkat 7. Masa tu ayah seperti biasa,ok sangat. Setelah discaj, hari kedua dirumah tiba2 ayah susah nak naik tangga. Cepat penat, tangga kelima dah tidak larat nak jalan. Ok, so ayah tidur bilik bawah. Tiba2 at one time ayah nak melangkah pergi toilet pun susah. Ok kami dah mula confuse. Then tiba2 ayah tak boleh duduk tegak. And sometimes he forget things, dah ambil wudhu ke belum, dah makan ke belum. Memang pelik for us, because he used to has a very good memory compared to us. Mama terus decide kena bawak ayah ke PPUM. Something is wrong.

XRAY has been done in PPUM, dan didapati ayah mempunyai fracture at L1 (Lumbar 1) of his back bone. Ayah warded. Ward orthopedic, Level 8 of Menara Utama PPUM. Kali ini 2 minggu ayah terlantar di hospital. He can only lift up his body up to 30degree. Rest in bed. Makan atas katil, most of the times ayah makan bubur. Pakai pampers. Ayah asyik tido. Ayah dah lain.. Kadang kadang ayah mumble. Kadang kadang ayah termenung. Kesian sangat tengok.

During the second week, doctor buat both MRI & CTSCAN keatas ayah. Cardiologist told mama yang ayah ada somekind of pouch pada saluran utama aorta yang menghubungkannya ke jantung. Lebih kurang macam gelembung, and bahaya kalau dia terpecah. So cardiologist suggest to be reffered to IJN. Urologist pula bagitahu mama nanti kene buat appointment dengan bahagian urology sbb ayah pernah ada prostate cancer, kena recheck semula.

Jumaat. Hari Pekerja,1Mei2015. Dalam jam 530 petang, ayah dah siap sedia untuk turun ke bawah. Hati gembira sangat ayah akhirnya boleh balik,walaupun mama pada mulanya agak risau. Sebab mama rasa ayah belum kuat sepenuhnya. So, ceritanya nak angkat ayah dari wheelchair ke dalam kereta masa nak discaj tu. Masih didalam kawasan PPUM.Then suddenly ayah macam lemah, pucat, mata dah keatas. Panggil doktor, and ayah pun dibawa ke bahagian Emergency PPUM balik. Masa Syaz jumpa ayah, ayah tak ingat. Nama pun xingat. Asal mana pun xingat. Sedih hati ini Allah je la yang tahu. Malam tu syahmi syafinaz dan megat teman ayah sementara menunggu keputusan doktor. 

Tepat jam 230pagi ayah dibawa ke bilik CTSCAN untuk brain scan. Ayah mengalami mild stroke. Test air kencing juga dibuat untuk mengetahui status cancer prostat. Keesokannya jam 4prtang ayah dimasukkan ke Wad Medical Tingkat 11. Bila bersalam dengan ayah, ayah salam dan tenung lama . "Assalamualaikum anak ayahhhhh". Kurang pasti ayah ingat nama saya atau tidak.

2Mei2015,8malam. Doktor mengesahkan ayah menghidap kanser prostat. Ya Allah dugaan ini sungguh besar bagi kami dan bagi ayah terutamanya. Satu je saya minta, semoga Allah permudahkan semua, lindungi ayah dan berikan ayah jalan yang terbaik untuknya. Bagi saya semua berpunca dari rokok. Ayah memang perokok tegar. Merokok seperti yang diketahui semua, ia menjemput segala macam penyakit.