Saturday, May 2, 2015

Ayah

Ayah. 64 tahun. Seorang doktor. Perokok tegar. Cancer survivor 2 kali : kolon & prostat.

Hari ini 2Mei2015. Sudah hampir 3minggu ayah terlantar di hospital,PPUM.  Dah jadi rumah kedua bagi mama dan semua adik beradik. Sedih. Sedih tengok ayah terlantar. 

3minggu lepas, dalam jam 530pagi ayah terjatuh tersembam ketika nak pergi ke toilet. Terjatuh di tepi katil. Dagu ayah berdarah, 3 hari ayah warded di hospital. 3 jahitan di dagu. Ward Tingkat 7. Masa tu ayah seperti biasa,ok sangat. Setelah discaj, hari kedua dirumah tiba2 ayah susah nak naik tangga. Cepat penat, tangga kelima dah tidak larat nak jalan. Ok, so ayah tidur bilik bawah. Tiba2 at one time ayah nak melangkah pergi toilet pun susah. Ok kami dah mula confuse. Then tiba2 ayah tak boleh duduk tegak. And sometimes he forget things, dah ambil wudhu ke belum, dah makan ke belum. Memang pelik for us, because he used to has a very good memory compared to us. Mama terus decide kena bawak ayah ke PPUM. Something is wrong.

XRAY has been done in PPUM, dan didapati ayah mempunyai fracture at L1 (Lumbar 1) of his back bone. Ayah warded. Ward orthopedic, Level 8 of Menara Utama PPUM. Kali ini 2 minggu ayah terlantar di hospital. He can only lift up his body up to 30degree. Rest in bed. Makan atas katil, most of the times ayah makan bubur. Pakai pampers. Ayah asyik tido. Ayah dah lain.. Kadang kadang ayah mumble. Kadang kadang ayah termenung. Kesian sangat tengok.

During the second week, doctor buat both MRI & CTSCAN keatas ayah. Cardiologist told mama yang ayah ada somekind of pouch pada saluran utama aorta yang menghubungkannya ke jantung. Lebih kurang macam gelembung, and bahaya kalau dia terpecah. So cardiologist suggest to be reffered to IJN. Urologist pula bagitahu mama nanti kene buat appointment dengan bahagian urology sbb ayah pernah ada prostate cancer, kena recheck semula.

Jumaat. Hari Pekerja,1Mei2015. Dalam jam 530 petang, ayah dah siap sedia untuk turun ke bawah. Hati gembira sangat ayah akhirnya boleh balik,walaupun mama pada mulanya agak risau. Sebab mama rasa ayah belum kuat sepenuhnya. So, ceritanya nak angkat ayah dari wheelchair ke dalam kereta masa nak discaj tu. Masih didalam kawasan PPUM.Then suddenly ayah macam lemah, pucat, mata dah keatas. Panggil doktor, and ayah pun dibawa ke bahagian Emergency PPUM balik. Masa Syaz jumpa ayah, ayah tak ingat. Nama pun xingat. Asal mana pun xingat. Sedih hati ini Allah je la yang tahu. Malam tu syahmi syafinaz dan megat teman ayah sementara menunggu keputusan doktor. 

Tepat jam 230pagi ayah dibawa ke bilik CTSCAN untuk brain scan. Ayah mengalami mild stroke. Test air kencing juga dibuat untuk mengetahui status cancer prostat. Keesokannya jam 4prtang ayah dimasukkan ke Wad Medical Tingkat 11. Bila bersalam dengan ayah, ayah salam dan tenung lama . "Assalamualaikum anak ayahhhhh". Kurang pasti ayah ingat nama saya atau tidak.

2Mei2015,8malam. Doktor mengesahkan ayah menghidap kanser prostat. Ya Allah dugaan ini sungguh besar bagi kami dan bagi ayah terutamanya. Satu je saya minta, semoga Allah permudahkan semua, lindungi ayah dan berikan ayah jalan yang terbaik untuknya. Bagi saya semua berpunca dari rokok. Ayah memang perokok tegar. Merokok seperti yang diketahui semua, ia menjemput segala macam penyakit. 


No comments:

Post a Comment