Disini saya kongsi pengalaman kalau nak melawat Sentosa Island.. Macam2 aktiviti boleh dilakukan disana,kalau saya bawa tetamu mmg ada standard itenary dah ;)
1) Entry Fee : Entry fee masuk ke dalam Sentosa Island adalah $7 on weekends,tapi kalau masuk during lunch hour (12noon-2pm) , entry fee = $2 (jimat disitu). Pembayaran melalui Autopass/ Cashcard/ Flashpay.
2) Parking Fee : Saya mmg akan parking di Beach Station, parking antara yang paling murah berbanding ditempat-tempat lain disekitar island ini. Bayaran parking pula anggaran dalam $5 untuk first 4 hours on weekends. Klik di sini untuk detail information mengenai parking fees sekitar Singapore :)
3) Surau / Prayer Room : Surau terletak di Beach Station Carpark terletak betul-betul berhampiran lif bangunan carpark,berhadapan family parking space & tepi kawasan Wings of Time. Kiranya kalau dari Beach Station-Sentosa Express, surau akan betul-betul di kawasan bawah StarBucks. Ada 2 bilik kecil khas untuk Muslimin dan Muslimat.
4) Sentosa Express
Dari Beach station, selalunya saya akan bawa guest naik Sentosa Express ke Waterfront Station (its FREE..sebab kita kan dah bayar island fee $7 tadi). Pergi naik train, balik ke carpark kita jalan kaki.. Baru feel :)
Kalau anda datang naik MRT, dari Vivo Shopping Mall, ambil train sentosa express dari Sentosa Station-Waterfornt Station. You will charged $4 perperson.
Apa ada di Waterfront Station? Disini la kalau anda nak ke USS, Aquarium and Waterpark.
Selalunya guest akan ambil gambar depan globe USS and jalan-jalan cari makan. Its not cheap kalau nak makan disini ;p
5) Makanan HALAL : Banyak makanan halal di sentosa island..sediakan duit je ;) KFC..McDonalds semua halal. Kalau di Waterfront station, ada beberapa kedai halal : Streats Asian Cafe ( harga okla), Bali Thai (mahal tapi sedap) dan banyak lagi. Klik sini untuk list kedai halal. Kalau xpasti, tengok ada LOGO HALAL MUIS dihadapan kedai atau tak,atau tanya je waiter, senang.
6) Festive Walk
No comments:
Post a Comment